Kesinambungan Pitch_Perfect_2

Rencana utama: Pitch Perfect 3

Pada 11 April 2015, sebulan sebelum filem ini ditayangkan, ia telah diumumkan bahawa Rebel Wilson akan kembali untuk filem ketiga, meskipun beliau menyatakan beliau tidak begitu pasti jika Anna Kendrick atau barisan pelakon lain akan kembali membawakan semula peranan mereka. Beliau menambah akan menjadi "sempalan Fat Amy," meskipun ia belum dapat disahkan.[60]

Pengarah, pelakon dan penerbit Elizabeth Banks menghargai kebarangkalian filem ketiga, berkata, "Saya akan mengatakan, ia akan menjadi tidak baik untuk mengatakan bahawa tiada siapa yang bercakap mengenai Pitch Perfect 3; kemungkinan mengenainya. Kami benar-benar fokus untuknya. Sekiranya peminat memeluknya, kami akan memikirkan secara serius tentang perjalanan yang berterusan, tetapi kami tidak tahu apa yang berlaku".[61]

Pada 10 Jun 2015, filem ketiga telah dimaklumkan secara rasmi, dengan Kay Cannon kembali menulis skrip.[62] Beberapa hari kemudian ia diumumkan yang Kendrick dan Wilson akan kembali membawkan semula peranan mereka, dan kemudian Brittany Snow juga dimaklumkan akan kembali.[5] Banks juga kembali menjadi penerbit tetapi pada Jun 2016 ia diumumkan bahawa beliau tidak akan mengarahkan filem itu.[63]

Filem itu asalnya dijadualkan untuk tayangan pada 21 Julai 2017, dan ia kemudiannya diubah ke 4 Ogos 2017 sebelum kembali ke tarikh asal.[6] Pada Mei 2016 ia dipindahkan sekali lagi, kali ini untuk tayangan rasmi pada 22 Disember 2017.[64]

Sehingga 2 Januari 2017, Anna Kendrick, Rebel Wilson, Anna Camp, Brittany Snow, Ester Dean, Alexis Knapp, Hana Mae Lee, Kelley Jakle, Shelley Regner, Hailee Steinfeld, Chrissie Fit, dan Elizabeth Banks telah dimaklumkan akan membawakan kembali peranan mereka.[65][66]

Rujukan

WikiPedia: Pitch_Perfect_2 http://www.aria.com.au/aria-charts-end-of-year-cha... http://m.billboard.com/entry/view/id/126070 http://www.billboard.com/charts/year-end/2015/top-... http://www.blu-ray.com/movies/Pitch-Perfect-2-Blu-... http://www.blu-ray.com/movies/Pitch-Perfect-2-Blu-... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=musi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfe... http://collider.com/pitch-perfect-2-3-elizabeth-ba... http://collider.com/pitch-perfect-3-in-the-works-r... http://deadline.com/2015/05/international-box-offi...