Penerbitan Pitch_Perfect_2

Pada Disember 2012, Skylar Astin mendedahkan beliau dan Rebel Wilson telah mengadakan pertemuan bersama Universal Studios mengenai kebarangkalian kesinambungannya.[7] Pada April 2013, ia telah diumumkan yang kesinambungannya akan ditayangkan pada 2015.[8] Elizabeth Banks mengarahkan kesinambungannya, dan Kay Cannon kembali menulis skrip.[9] Paul Brooks menerbitkan untuk Gold Circle Films, bersama Banks dan Max Handelman.[9] Deke Sharon kembali sebagai komposer lagu, dan membuat kemunculan khas sebagai wartawan Jerman.[10] Seperti dalam filem pertama, mereka menjalankan "a cappella boot camp" selama sebulan sebelum penggambaran.[11]

Pemilihan pelakon

Anna Kendrick dan Wilson kembali menjadi sebahagian dari barisan pelakon pada awal 2014 untuk membawakan watak mereka sepertimana dalam filem pertama.[12] Brittany Snow membawakan kembali wataknya.[13] Pada 24 April, Chrissie Fit ditambah dalam sebahagian barisan pelakon.[14] Pada 1 Mei, Hailee Steinfeld telah ditambah dalam senarai barisan pelakon, melakonkan watak ahli baru The Barden Bellas.[15] Pada 5 Mei, Adam DeVine dilaporkan akan kembali menjayakan filem ini.[16] Pada 14 Mei, Katey Sagal juga ditambah dalam senarai barisan pelakon, memegang watak ibu kepada watak lakonan Steinfeld.[17] Pada 29 Mei Flula Borg juga ditambah dalam senarai pelakon.[18] Beliau melakonkan watak ketua kumpulan a capella Eropah, Das Sound Machine, yang bersaing dengan Bellas.[19] Ia telah dimaklumkan pada 18 Jun 2014 yang Christopher Shepard telah disenarai pendek dalam senarai barisan pelakon.[20] Ia telah diumumkan pada 19 Jun 2014 yang kumpulan Pentatonix akan memegang watak sebagai kumpulan saingan kepada Barden Bellas.[21] Ia kemudiannya dimaklumkan bahawa The Filharmonic dari The Sing Off musim keempat akan membuat penampilan kameo sebagai kumpulan saingan dari Filipina.[22] Pada 24 Ogos 2014 ia telah diumumkan bahawa Penn Masala,[23] kumpulan a capella Hindi dari pusat pendidikan Elizabeth Banks dan penerbit Max Handelman Universiti Pennsylvania, akan muncul sebagai kumpulan dari Asia Tenggara.[24] Pada 25 Jun, Birgitte Hjort Sørensen telah diambil bagi menjayakan filem ini.[25]

Penggambaran

Pada 21 Mei 2014, penggambaran dijalankan di kampus Universiti Negeri Louisiana (LSU) di Baton Rouge, Louisiana.[26]

Rujukan

WikiPedia: Pitch_Perfect_2 http://www.aria.com.au/aria-charts-end-of-year-cha... http://m.billboard.com/entry/view/id/126070 http://www.billboard.com/charts/year-end/2015/top-... http://www.blu-ray.com/movies/Pitch-Perfect-2-Blu-... http://www.blu-ray.com/movies/Pitch-Perfect-2-Blu-... http://www.boxofficemojo.com/genres/chart/?id=musi... http://www.boxofficemojo.com/movies/?id=pitchperfe... http://collider.com/pitch-perfect-2-3-elizabeth-ba... http://collider.com/pitch-perfect-3-in-the-works-r... http://deadline.com/2015/05/international-box-offi...