Kegunaan Piuter

Barangan hasil piuter sering ditemui dalam gereja. Piuter digunakan dengan meluas sejak Zaman Pertengahan hinggalah berkembangnya penghasilan kaca pada abad ke-18 dan ke-19. Piuter merupakan bahan pembuatan pinggan mangkuk meja terutama sebelum bangkitnya hasil porselin. Ramai yang menyangka bahawa penggunaan hasil piuter berplumbum ada kena mengena dengan kecurigaan orang ramai terhadap pemakanan tomato di Eropah Utara pada abad ke-16, tetapi tanggapan ini tiada kebenarannya.[4]. Pengeluaran hasil kaca secara besar-besaran telah menyebabkan piuter terpaksa memberi laluan kepada kaca untuk kegunaan seharian. Namun begitu, bahan artifak piuter masih dihasilkan, terutamanya sebagai barang hiasan atau cenderahati. Piuter juga digunakan di Asia Timur, tetapi di Rom Purba pula jarang sekali ditemui.[5]