Fisiologi Plasenta

Pembentukan

Plasenta mula terbentuk selepas tertempelnya blastosist pada endometrium (dinding rahim) ibu. Lapisan luar blastocyst menjadi trofoblast yang membentuk lapisan luar uri. Lapisan luar ini kemudiannya terbahagi kepada dua lapisan lagi: lapisan dasar sitotrofoblas dan lapisan atas sinsitiotrofoblas. Sinsitiotrofoblas adalah lapisan sel multinukleus berterusan yang meliputi permukaan uri yang terbentuk hasilnya pembezaan dan penyatuan sel-sel dasar sitotrofoblas -  proses ini berterusan sepanjang pemmbentukan plasenta. Sinsitiotrofoblas (juga dikenali sebagai sinsitium) pula berfungsi sebagai bahagian penghadang bagi uri.

Plasenta membentuk sepanjang kehamilan itu berlaku. Penghasilan bekalan darah ibu untuk plasenta menjadi sempurna pada hujung trimester pertama kehamilan (kira-kira 12-13 minggu).

Kelahiran

Pelupusan plasenta bermula dengan pemisahan fisiologi uri dari dinding rahim. Uri biasanya disingkirkan dari badan ibu dalam masa 15-30 minit selepas kelahiran anak.