Kegunaan Platinum

Platinum pada kebiasaannya digunakan sebagai mangkin seperti dalam penukar bermangkin kenderaan yang membenarkan pembakaran lengkap hidrokarbon dari ekzos kepada gas karbon dioksida dan wap air sebelum dibebaskan ke persekitaran. Tambahan pula, platinum juga digunakan sebagai mangkin dalam proses penghidrogenan serta boleh dijadikan mangkin dalam penguraian hidrogen peroksida kepada air dan oksigen.[6]

Dalam bidang perubatan, platinum digunakan dalam cisplatin, cis-[Pt(NH3)2Cl2] yang digunakan sebagai ubat kemoterapi dalam pelbagai jenis kanser.

Logam platinum pernah digunakan dalam bidang kepiawaian, di mana aloi platinum digunakan untuk menetapkan unit-unit piawai SI. Unit kilogram dan meter pernah ditetapkan oleh pemberat dan bar aloi platinum-iridium dengan nisbah 90:10 hingga tahun 1960 bagi meter dan pelaksanaan pentakrifan semula unit asas SI pada Mei 2019 bagi kilogram.

Sebagai perhiasan, kira-kira 40% bekalan platinum digunakan dalam aloi platinum dan emas yang umumnya dikenali sebagai "emas putih".[4]