Komponen PlayStation_(konsol)

Spesifikasi perkakasan

Konsol PlayStation menggunakan cip mikropemproses 32-bit dari jenis RISC. Manakala pengaturcaraan C digunakan dalam cip ini berserta dengan kesemua permainan video yang dikeluarkan untuk konsol ini.

Sistem teras
Cip mikropemprosesCip 32 bit RISC MIPS serasi R3000A (R3051) pada kelajuan 33.8688 MHz
RAM2 MB
RAM video1 MB
Grafik dan suara
Palet warna16.7 billion warna
Resolusi skrin256px x 224px sehingga 640px x 480px
Saluran audio24 saluran ADPCM, 512 kB RAM untuk audio

Alat pengawal

Alat pengawal original untuk konsol PlayStation.

Alat pengawal PlayStation ialah alat pengawal pertama yang dikeluarkan Sony untuk kesemua konsol di bawah keluarga PlayStation. Versi awal iaitu model SCPH-1010 dikeluarkan bersama-sama dengan konsol PlayStation pada 3 Disember 1994[19]. Alat pengawal ini menawarkan beberapa butang tambahan untuk kawalan permainan video berkonsep tiga dimensi, namun bilangan butang terlalu banyak dipasang pada alat kawalan (terutamanya butang di tengah-tengah alat pengawal) mendorong Sony menambah getah cengkaman di bawah alat pengawal untuk memberikan keselesaan kepada pengguna.[20].

Alat pengawal ini juga menawarkan label yang unik untuk kawalan arah iaitu label segi tiga berwarna hijau, bulatan berwarna merah, label 'X' berwarna biru serta kotak berwarna merah jambu (, , , ), berbanding penggunaan huruf dalam konsol-konsol sebelum ini. Label-label ini kemudiannya dijadikan tanda dagangan rasmi PlayStation sehingga hari ini. Teiyu Goto, pereka alat pengawal PlayStation memberitahu makna di sebalik simbol ini: Bulatan bermaksud "ya", tanda X bermaksud "tidak", segi tiga menggambarkan sudut pandangan manakala kotak bersamaan dengan sehelai kertas yang menyenaraikan menu-menu[21].

Aksesori tambahan

Beberapa aksesori tambahan dikeluarkan untuk konsol PlayStation, antaranya ialah:


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_(konsol) http://www.playstation.ca/ http://www.1up.com/features/15-years-cd-i?pager.of... http://www.destructoid.com/playstation-1-the-audio... http://www.edge-online.com/features/making-playsta... http://www.gamasutra.com/view/feature/6122/birthda... http://www.gamefaqs.com/console/ps2/data/944753.ht... http://www.gamefaqs.com/ps/198031-namco-museum-vol... http://www.gamepro.com/gamepro/domestic/games/feat... http://www.gamespot.com/articles/final-fantasy-25t... http://www.gamespot.com/articles/sony-stops-making...