Model PlayStation_(konsol)

Model semakan yang menggunakan kod SCPH-1001 (bawah), SCPH-5001 (tengah) and SCPH-9001 (atas). Model SCPH-900x menyaksikan ketiadan sambungan I/O parallel manakala bicu RCA dibuang pada model semakan SCPH-500x.

Konsol PlayStation memiliki beberapa jenis model yang setiap satunya berlainan di antara satu sama lain. Dari luaran, perbezaan paling ketara dilihat ialah bilangan sambungan dan bicu yang semakin berkurangan. Bicu RCA telah dibuang pada model semakan pertama manakala sambungan I/O parallel dibuang pada model semakan terakhir[29]. Setiap model semakan ini mempunyai kod model itu sendiri.

Pada tahun 1997, Sony mengeluarkan kit pembangun yang dikenali sebagai Net Yaroze. Kit ini mengandungi konsol PlayStation yang diubahsuai untuk pembangun, sejumlah dokumen dan perisian yang diperlukan untuk membangunkan permainan video untuk PlayStation[30]. Kit ini tidak dijual dan hanya boleh diperolehi menerusi tempahan awal.

PS one

PS one (atau ditulis sebagai PS One, PSOne atau PSone) adalah model semakan konsol PlayStation yang lebih kecil. Ianya telah dikeluarkan pada 7 Julai 2000[31] dan telah terjual melebihi daripada konsol pengganti PlayStation 2 itu sendiri[32]. Konsol ini berkeupayaan memainkan kesemua permainan video yang telah dikeluarkan untuk model asal PlayStation.

Bagi model PS one ini sendiri terdapat beberapa versi yang setiap satunya memiliki perbezaan di antara satu sama lain. Beberapa perbezaan termasuklah ketiadaan sambungan serial dan parallel dari belakang konsol, serta ketiadaan butang reset yang digabungkan dengan butang kuasa.

Sony juga mengeluarkan versi PS one dengan paparan LCD bersaiz 5 inci yang dikenali sebagai pakej kombo[33]. Terdapat juga bicu audio untuk sambungan kepada fon telinga atau peranti audio lain serta bicu AV mini yang boleh disambungkan kepada perakam video digital atau peranti lain.


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_(konsol) http://www.playstation.ca/ http://www.1up.com/features/15-years-cd-i?pager.of... http://www.destructoid.com/playstation-1-the-audio... http://www.edge-online.com/features/making-playsta... http://www.gamasutra.com/view/feature/6122/birthda... http://www.gamefaqs.com/console/ps2/data/944753.ht... http://www.gamefaqs.com/ps/198031-namco-museum-vol... http://www.gamepro.com/gamepro/domestic/games/feat... http://www.gamespot.com/articles/final-fantasy-25t... http://www.gamespot.com/articles/sony-stops-making...