PlayStation_(konsol)
PlayStation_(konsol)

PlayStation_(konsol)

1 September 1995
29 September 1995
Sony PlayStation (プレイステーション, Pureisutēshon) (PS atau PS One) adalah sebuah konsol permainan video 32-bit generasi kelima keluaran Sony. Konsol ini dilancarkan secara rasmi pada 3 Disember 1994 di kawasan Jepun[3], 9 September 1995 di kawasan Amerika Utara, 29 September 1995 di kawasan Eropah dan 15 November 1995 di Australia. Sony PlayStation merupakan konsol pertama yang dikeluarkan di bawah produk PlayStation. Pesaing utama konsol ini adalah Nintendo 64 dan Sega Saturn.Konsol PlayStation merupakan antara konsol permainan video paling popular di dunia dengan jumlah pengeluaran sebanyak 102.49 juta unit setakat Mac 2005.[2]. Pada tahun 2000, Sony telah mengeluarkan versi Slim yang dikenali sebagai PSone yang menawarkan rekabentuk yang lebih kecil dan ringan berbanding versi asal yang berwarna kelabu[4].Pada tahun 1999, Sony mengumumkan pengganti konsol PlayStation iaitu PlayStation 2, yang memiliki keupayaan memainkan permainan video yang dilepaskan untuk konsol ini dan dilancarkan secara rasmi pada tahun 2000. Konsol PlayStation model PSone dijual buat kali terakhir sekitar musim sejuk tahun 2004 sebelum pasaran dihentikan secara rasminya pada bulan Mac 2005. Manakala permainan video untuk konsol PlayStation masih lagi dibangunkan selepas tarikh penamatan pemasaran konsol ini sehingga 23 Mac 2006, tarikh akhir yang ditetapkan Sony untuk menghentikan sokongan terhadap konsol PlayStation ini, kurang setahun sebelum pengumuman konsol PlayStation 3[5].

Rujukan

WikiPedia: PlayStation_(konsol) http://www.playstation.ca/ http://www.1up.com/features/15-years-cd-i?pager.of... http://www.destructoid.com/playstation-1-the-audio... http://www.edge-online.com/features/making-playsta... http://www.gamasutra.com/view/feature/6122/birthda... http://www.gamefaqs.com/console/ps2/data/944753.ht... http://www.gamefaqs.com/ps/198031-namco-museum-vol... http://www.gamepro.com/gamepro/domestic/games/feat... http://www.gamespot.com/articles/final-fantasy-25t... http://www.gamespot.com/articles/sony-stops-making...