Sejarah PlayStation_2

Sony telah mengumumkan PlayStation 2 pada 1 Mac 1999[5]. Pada ketika itu, konsol Dreamcast telah dilancarkan dan merupakan konsol pertama bagi generasi keenam. Walaupun Sony telah mengumumkan mengenai PlayStation 2, Sega Dreamcast berjaya menjual lebih dari 500 000 unit dalam masa dua minggu di kawasan Amerika Utara[6].

Selepas pelancaran konsol Dreamcast di kawasan Amerika Utara, Sony memperkenalkan PlayStation 2 kepada umum semasa acara Tokyo Game Show pada bulan September 1999. Dalam acara itu, Sony telah menunjukkan demonstrasi permainan video yang dimainkan untuk konsol PS2 termasuklah Gran Turismo 2000 (yang kemudian dikeluarkan dengan nama Gran Turismo 3: A-Spec) dan Tekken Tag Tournament, di mana keupayaan grafik dan kuasa konsol ini ditunjukkan.

Konsol PlayStation 2 telah dilancarkan pada bulan Mac 2000 di Jepun, Oktober 2000 di kawasan Amerika Utara dan November 2000 di kawasan Eropah[5]. Hasil jualan pada hari pertama pelancaran konsol ini ialah $250 million, mengalahkan hasil jualan konsol Dreamcast yang mencatatkan keuntungan sebanyak $97 million[7]. Konsol ini menerima sambutan ramai oleh kerana ianya dikeluarkan dalam produk PlayStation dan juga keupayaan konsol PS2 memainkan permainan video dari konsol PlayStation, menyebabkan kebanyakkan pengguna beralih arah dari konsol PlayStation ke konsol ini[2].

Hasil jualan yang memberangsangkan untuk konsol PlayStation 2 menyebabkan syarikat Sega berdepan dengan masalah kewangan dan konsol Dreamcast tidak mampu menyaingi konsol PS2 dari segi hasil jualan[7]. Ini menyebabkan Sega mengambil keputusan untuk memberhentikan pengeluaran konsol Dreamcast pada bulan Mac 2001, bertahan hanya 18 bulan dari tarikh pengeluaran[7]. Keadaan ini menyebabkan konsol PlayStation 2 merupakan satu-satunya konsol dari generasi keenam selama lebih 6 bulan, sebelum berdepan dengan konsol-konsol lain seperti Nintendo GameCube dan Microsoft Xbox.


Rujukan

WikiPedia: PlayStation_2 http://www.denofgeek.com/games/24000/playstation-2... http://www.extremetech.com/gaming/144342-13-years-... http://www.gamespot.com/articles/playstation-2-rel... http://www.gamespot.com/articles/sony-announces-ps... http://electronics.howstuffworks.com/ps22.htm http://uk.ign.com/articles/2001/09/27/dual-shock-2... http://uk.playstation.com/ps2/accessories/detail/i... http://www.theguardian.com/technology/2013/jan/04/... http://blogcritics.org/a-look-back-at-the-sega/ http://powerupgaming.co.uk/2015/09/12/the-rise-and...