PlayStation_2
PlayStation_2

PlayStation_2

PlayStation 2 (PS2) (プレイステーション2, Pureisutēshon Tsū) merupakan konsol permainan video Sony. Ia dikeluarkan pada Mac 4, 2000, di Jepun, dan kemudiannya pada 26 Oktober 2000 di Amerika Utara, dan November 24, 2000 di Eropah. Sebagai konsol permainan video generasi ke-enam, pesaing utamanya adalah Sega Dreamcast , Microsoft Xbox dan Nintendo GameCube. Pembangunannya diumumkan dalam bulan Mac 1999, dan pertama kali dikeluarkan di Jepun pada 4 Mac 2000, di Amerika Utara pula pada 26 Oktober, 2000 dan di Eropah pada 24 November 2000. Konsol PlayStation 2 adalah konsol yang paling berjaya dalam sejarah permainan video, dan telah mencapai lebih daripada 150 juta unit dijual sehingga 31 Januari 2011[2][3]. Peristiwa bersejarah ini berlaku selepas 11 tahun sistem itu dikeluarkan di Jepun pada 4 Mac, 2000. Sony berkata ia mempunyai 10.828 tajuk untuk sistem dan 15.2 bilion tajuk PS2 telah dijual sejak pelancarannya[1]. Konsol ini telah digantikan oleh PlayStation 3 pada tahun 2006.Pada 4 Januari 2013, Sony mengumumkan bahawa mereka akan menamatkan pengeluaran konsol PlayStation 2, 13 tahun semenjak tarikh pengeluarannya pada tahun 2000 dan merupakan konsol permainan video yang paling lama bertahan[4]. Walaupun begitu, kebanyakkan pembangun permainan video mengeluarkan beberapa permainan video untuk konsol PlayStation 2 seperti Pro Evolution Soccer 2014 (8 November 2013), Final Fantasy XI: Seekers of Adoulin (27 Mac 2013) dan FIFA 14 (3 Oktober 2013).

PlayStation_2

Media DVD, CD
CPU Emotion Engine 294.912 MHz
Pengilang Sony
Pembangun Sony Computer Entertainment
Ingatan RAMBUS atau RDRAM 32 MB
eDRAM 4 MB
Muatan storan
  • Kad memori PlayStation 2 (8MB)
  • Kad memori PlayStation (128KB)
  • Cakera keras tetap 40GB (tambahan)
Ketersediaan runcit
  • 26 Oktober 2000
  • 24 November 2000
  • 4 Mac 2000[1]
Jenis Konsol permainan video

Rujukan

WikiPedia: PlayStation_2 http://www.denofgeek.com/games/24000/playstation-2... http://www.extremetech.com/gaming/144342-13-years-... http://www.gamespot.com/articles/playstation-2-rel... http://www.gamespot.com/articles/sony-announces-ps... http://electronics.howstuffworks.com/ps22.htm http://uk.ign.com/articles/2001/09/27/dual-shock-2... http://uk.playstation.com/ps2/accessories/detail/i... http://www.theguardian.com/technology/2013/jan/04/... http://blogcritics.org/a-look-back-at-the-sega/ http://powerupgaming.co.uk/2015/09/12/the-rise-and...