Pengaruh Ploutarkhos

Karya-karya Ploutarkhos amat mempengaruhi kesusasteraan Inggeris dan Perancis. William Shakespeare memparafrasakan sebilangan bahagian daripada terjemahan Thomas North untuk Kehidupan pilihan dalam drama-dramanya, dan kekadang memetiknya secara kata demi kata. Ralph Waldo Emerson dan penyokong-penyokong Transendentalisme amat dipengaruhi oleh Moralia. (Emerson menulis pengenalan yang indah untuk edisi lima jilid Moralia pada abad ke-19). Boswell memetik ayat Ploutarkhos mengenai penulisan tentang kehidupan, berbanding biografi, dalam pengenalan untuk karyanya, Kehidupan Samuel Johnson. Peminat-peminat Ploutarkhos yang lain termasuk Ben Jonson, John Dryden, Alexander Hamilton, John Milton dan Francis Bacon, serta tokoh-tokoh yang begitu berbeza seperti Cotton Mather, Robert Browning dan Montaigne. Montaigne terutamanya memperoleh banyak ilham dan idea daripada Moralia Ploutarkhos untuk karyanya, Essai ("Karangan" - Essays).