Pokok_Avokado
Pokok_Avokado

Pokok_Avokado

Persea gratissimaAvokado ialah sejenis tumbuhan buah-buahan dari keluarga Lauraceae yang dimakan sebagai buah segar atau untuk diproses bagi pelbagai kegunaan. Avokado dipercayai berasal dari Puebla, Mexico. Sejarah menanam dan makan buah avokado telah bermula semenjak beribu-ribu tahun dulu lagi oleh kaum Aztek di lembah Andes yang mempunyai tamadunnya tersendiri. Tanaman avokado tidak popular disemua negara Asia Tenggara seperti Malaysia dan Thailand tetapi popular di Filipina dan Indonesia. Orang Malaysia kurang meminat makan buah avokado tidak seperti di beberapa negara Amerika Latin, Caribbean, Indonesia dan Filipina yang amat menggemari makan buah avokado. Cara makan buah avocado juga mudah iaitu dengan membelah buah kepada dua dan ambil isinya kemudian masukan dalam cawan di campur dengan susu dan sedikit gula.Tanaman Avocado popular di beberapa negara dengan pengeluaran dunia sebanyak 3.2 juta metrik tan pada tahun 2010. Negara-negara membangun menyumbang sebanyak lebih 82% pengeluaran tersebut di kawasan Amerika Latin dan Caribean. Mexico merupakan pengeluar utama avokado dunia dengan lebih 1.1 juta mt setahun diikuti dengan Indonesia (263,000 mt/tahun), dan Amerika Syarikat (214 mt/tahun). Beberapa negara pengeluar utama lain seperti Colombia, Brazil, Chile, Peru, China dan Ethiopia. Kawasan Asia Pasifik dan Asia Tenggara terus menyumbang sebanyak lebih 11% pengeluaran avokado dunia melibatkan Indonesia, Filipina, Vietnam dan Australia.