The Mastermind of Mirage Pokémon (戦慄のミラージュポケモン, Senritsu no Mirāju Pokemon) ialah sebuah episod istimewa sejam untuk siri anime
Pokémon dihasilkan sempena ulang tahun kesepuluh francais tersebut. Ia pertama kali ditayangkan di
Kids' WB! pada
29 April 2006. Ia kemudian boleh didapati dalam bentuk DVD di
Amerika Syarikat pada
19 September 2006 sebagai cetera khas dalam keluaran 2-cakera
Pokémon: Lucario and the Mystery of Mew. Di
Jepun, filem khas ini boleh dimuat turun sebagai
戦慄のミラージュポケモン di laman rasminya pada
13-
31 Oktober 2006.Terbitan khas ini menandakan buat pertama kalinya penerbitan bahasa Inggeris diuruskan oleh
Pokémon USA dan
TAJ Productions bukannya
4Kids Entertainment, yang bertanggungjawab dalam semua perlesenan Pokémon kecuali
permainan videonya, dan permainan kad di luar
Asia sejak
1998 hingga
2005. Kesannya, versi bahasa Inggeris ini dilakonkan oleh pelakon suara yang baru kesemuanya kecuali
Rodger Parsons sebagai pengisahnya.Perubahan ini telah menjadi kontroversi dalam kalangan sesetengah peminat. Diumumkan di
San Diego Comic-Con 2006 yang versi baru dalam bentuk DVD akan diperbaiki berbanding versi TV, dengan dialognya dirakam semula selepas pelakon baru menyesuaikan dengan watak mereka setelah Ash diberi pelakon suara baru
Sarah Natochenny.