Isu Politik_haluan_kiri

Sayap kiri sering disamakan dengan kelas bawahan dan perjuangan menentang penindasan. Maka itu, revolusi perindustrian menyaksikan politik sayap kiri semakin dikaitkan dengan keadaan kerja dan hak-hak pekerja dalam perindustrian baru, lalu melahirkan gerakan-gerakan yang mendukung demokrasi sosial, sosialisme dan kesatuan sekerja. Baru-baru ini, sayap kiri mengkritik apa yang dinampak sebagai sifat eksploitatif bentuk-bentuk globalisasi masa kini, seperti meningkatnya kilang peras tenaga dan "perlumbaan ke dasar", lalu sama ada cuba memupuk bentuk-bentuk globalisasi yang lebih adil seperti perdagangan saksama, ataupun cuba memujuk negara bangsa agar berpisah dari ekonomi global.

Walaupun sukar bagi pelbagai kumpulan berhaluan kiri mencapai kata sepakat bagi kaedah-kaedah tertentu bagi mencapai matlamat itu, namun hampir semua pihak berhaluan kiri bersepakat bahawa perlunya campur tangan kerajaan atau sosial dalam ekonomi,[perlu rujukan] meliputi ekonomi Keynes dan negara kebajikan melalui demokrasi perindustrian atau pasaran sosial hingga pemiliknegaraan ekonomi dan perancangan ekonomi.

Oleh sebab hak awam dan hak asasi manusia semakin meraih perhatian sepanjang abad ke-20, sayap kiri sudah bergabung dengan pendukung-pendukung kesamaan kaum dan jantina serta toleransi sesama budaya.

Sokongan campur tangan kerajaan atau sosial dalam pasaran menyebabkan sesetengah golongan sayap kiri bertentangan dengan penyokong pasaran bebas.