Portal:Islam

 Islam (bantuan·maklumat) (bahasa Arab: الإسلام al- islām) ialah agama yang kedua terbesar di dunia. Perkataan 'Islam' berasal daripada perkataan Arab (aslama, yuslimu, islaman) yang bermaksud "tunduk, dan patuh", serta "selamat, sejahtera, dan damai". Nama Islam itu sendiri adalah diberi oleh Allah, Tuhan Sekelian Alam.Pengikut-pengikut Islam, dikenali sebagai orang Muslim (daripada perkataan Arab, muslimeen, yang bermaksud "seseorang yang telah berserah kepada Allah") mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. (570 - 632 M) diutuskan oleh Allah, untuk menyempurnakan syariat yang terdahulu, dengan turunnya Al-Quran sebagai panduan dan petunjuk umat baginda. Orang Muslim mempercayai bahawa Nabi Muhammad s.a.w. adalah nabi yang terakhir. Ajarannya kepada manusia akan berlanjutan sehingga Hari Kiamat.Dalam Islam terdapat dua kumpulan fahaman utama, iaitu Ahli Sunah Waljamaah (Sunni) dan Syiah. Perbezaan ini adalah disebabkan oleh perbezaan pendapat. Bagaimanapun, kesemua kumpulan ini tetap percaya bahawa Tuhan itu Allah, dan dalam Islam ada Rukun Iman dan Rukun Islam yang menjadi teras amalan Mukmin.Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah malah perdagangan, perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.Bulan sabit dihias dengan berwarna dan indah diterangi pada bulan Ramadan.Makkah al-Mukarramah (ataupun dipanggil Mekah atau Makkah sahaja; Arab: مكة المكرمة) ialah kota paling suci bagi umat Islam. Bandar ini terletak lebih kurang 73 km di timur Jeddah, ibu kota Arab Saudi.Makkah merupakan tempat lahirnya Islam dan Nabi Muhammad s.a.w. dan juga tempat baginda menerima wahyu daripada Allah s.w.t. Di sini juga terletaknya Masjidil Haram yang di dalamnya terdapt Kaabah. Lima kali sehari, lebih kurang 1.5 bilion Muslim tak kira di mana mereka berada, pasti akan menghadap Kaabah untuk bersolat. Manakala sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup, seseorang Muslim akan mengunjungi Makkah untuk mengerjakan haji pada bulan Zulhijjah.Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Kamilah yang memelihara dan menjaganya.Nabi Muhammad s.a.w. (sallallahu alaihi wassalam) (B. Arab: محمد) adalah pesuruh Allah yang terakhir. Baginda adalah pembawa rahmat untuk seluruh alam dan merupakan Rasulullah bagi seluruh umat di dunia. Baginda bukan sahaja berfungsi sebagai seorang rasul tetapi juga sebagai pemimpin, ketua tentera dan juga sebagai pendamai. Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan di Mekah dan kembali ke rahmatullah di Madinah. Walaupun diketahui bahawa Muhammad merupakan rasul dan nabi terakhir bagi umat manusia oleh orang Islam, tetapi orang-orang Yahudi dan Kristian enggan mengiktiraf Muhammad sebagai nabi dan rasul. Nabi Muhammad merupakan pelengkap ajaran Islam setelah Nabi Musa dan Nabi Isa.Lihat juga: Perbendaharaan kata Islam, Indeks rencana mengenai IslamPurge server cache