Portal:Kereta_api

Dalam pengangkutan rel, kereta api atau tren terdiri daripada beberapa kenderaan bersambung yang bergerak di sepanjang landasan bagi membawa orang atau barangan angkut. Kereta api kebiasaanya ditarik atau ditolak oleh lokomotif (selalunya dikenali sebagai "enjin"), walaupun sesetengah daripadanya menggunakan sistem dorong diri seperti unit berbilang/berganda. Kebanyakkan perkhidmatan kereta api dikendalikan di atas landasan konvesional yang diperbuat daripada keluli dengan reka bentuk tolok atau jarak antara rel yang berbeza. Sesetengah perkhidmatan turut menggunakan sistem monorel (yang berasaskan landasan alang tunggal) atau maglev (yang menggunakan daya elektromagnet).Kuala Lumpur Sentral (juga dikenali sebagai KL Sentral atau Stesen Sentral Kuala Lumpur) adalah sebuah kawasan pembangunan transit yang menempatkan stesen kereta api utama di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. KL Sentral dibuka pada 16 April 2001 untuk mengambil alih peranan stesen kereta api Kuala Lumpur lama, sebuah mercu tanda zaman penjajahan yang masih dibuka untuk kereta api komuter sahaja. KL Sentral merupakan stesen kereta api terbesar di Asia Tenggara sewaktu pembukaanya ketika itu.Platform arah utara (sebelah kiri) dan selatan (sebelah kanan) stesen Clapham Common bagi aliran Northern, yang merupakan sebahagian daripada sistem London Underground. Stesen ini terletak di daerah Clapham, London, U.K.(Kredit gambar oleh Diliff)