Republik Perancis (
Bahasa Perancis: République française
[ʁepyblik fʁɑ̃sɛz]) atau lebih dikenali sebagai
Perancis sahaja, adalah sebuah
negara berdaulat yang terdiri daripada kawasan metropolitan yang terletak di
Eropah Barat dan beberapa wilayah di seberang laut yang berada di
Amerika Utara,
Caribbean,
Amerika Selatan,
Lautan Hindi dan
Lautan Pasifik. Negara republik ini juga merupakan negara terbesar di dalam
Kesatuan Eropah, dengan keluasannya 643,801 kilometer persegi (termasuk keluasan wilayah luar). Dengan jumlah penduduk seramai 67 juta orang, Perancis merupakan negara kedua paling ramai penduduk di Eropah Barat (selepas
Republik Persekutuan Jerman) dan
negara ke-20 paling ramai penduduk di dunia.
Paris, ibu negara dan juga bandar raya terbesar, mempunyai lebih daripada 12 juta orang di kawasan perbandarannya.Perancis merupakan negara
demokrasi yang diatur sebagai
republik kesatuan separa presiden. Ia mempunyai
ekonomi yang kelima terbesar di dunia mengikut
ukuran dasar. Perancis memainkan peranan yang sangat penting dan aktif di peringkat antarabangsa, di mana ia merupakan antara negara pengasas dalam Kesatuan Eropah dan
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), dan juga antara negara anggota dalam
Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO),
Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD) dan Kesatuan Latin. Ia juga merupakan ahli tetap dalam
Majlis Keselamatan (PBB) yang mempunyai kuasa veto serta salah satu daripada lapan buah
negara dengan kuasa nuklear yang diakui.
Portal:Perancis/SejarahPortal:Perancis/Tahukah anda/1Portal lainSegar semula laman