Potsdam
Potsdam

Potsdam

Potsdam ialah ibu negeri Brandenburg, Jerman dan juga bandar paling banyak penduduk di negeri itu. Ia bersempadan dengan Berlin di timur laut dan membentuk Kawasan Metropolitan Berlin/Brandenburg.Potsdam terkenal terutamanya sebagai bandar diraja Prusia sehingga tahun 1981. Bandar ini memiliki tasik-tasik yang bersambung dan lanskap kebudayaan yang unik, terutamanya taman-taman dan istana-istana di Sanssouci yang menjadi Tapak Warisan Dunia di Jerman.[1]Potsdam dibangunkan sejak pertengah abad ke-19 menjadi pusat ilmu sains. Hari ini terdapat tiga buah institusi pengajian tinggi awam beroperasi di bandar ini di samping lebih 30 buah institut kajian. Sekitar 15% daripada penduduknya adalah penuntut-penuntut universiti, manakala nisbah ahli sains dan penduduknya adalah yang tertinggi di seluruh Jerman.Babelsberg, sebuah daerah di bandar ini turut memainkan peranan sebagai salah satu pusat pembuatan filem terkemuka di Eropah dengan Filmstudio Babelsberg merupakan studio perfileman berskala besar yang terbesar di dunia. Orkestra Filem Babelsberg Jerman sering merakam runut bunyi untuk penghasilan filem buatan tempatan mahupun yang berpusat di luar Jerman.

Potsdam

Daerah Daerah urban
• Kepadatan 860/km2 (2,200/batu persegi)
Zon waktu CET/CEST (UTC+1/+2)
Kod postal
14467–14482
Negeri Brandenburg
Laman web www.potsdam.de
Kod dailan 0331
Negara Jerman
• Ketua Datuk Bandar Jann Jakobs (SPD)
• Jumlah 161,468
Pendaftaran kenderaan P