Pretzel
Pretzel

Pretzel

Pretzel [prét-sĕl] ( listen (bantuan·maklumat)) (Bahasa Jerman: Breze(l)) ( listen (bantuan·maklumat)) ialah sejenis produk jenis roti (atau pastri) yang dihasilkan daripada doh yang dibentuk menjadi simpulan berpintal sebelum dibakar. Masakan ini barangkalinya diperkenalkan oleh rahib-rahib di Eropah sewaktu awal Zaman Pertengahan.[1] Bentuk pretzel ini dibentuk secara tradisinya menjadi bentuk yang tidak simetrik dengan hujungnya dipintal dan ditarik kembali mengikut cara tersendiri (juga dikenali sebagai pretzel loop atau "gelungan pretzel"), tetapi sejak tahun 2010-an pastri ini juga boleh didapati dalam pelbagai bentuk yang berbeza.Pastri ini biasanya diperisakan dengan garam tetapi terdapat juga jenis pretzel yang ditabur dengan gula, coklat, biji-bijian dan/atau kekacang. Pretzel boleh dibahagikan kepada jenis lembut yang lazim dimakan terus selepas ia siap dibakar, serta pretzel jenis keras yang mempunyai jangka hayat panjang lalu boleh disimpan selama tempoh lama tertentu.

Pretzel

Jenis Roti, Pastri