Kerjaya Pritam_Singh

Pada tahun 2007, Pritam menubuhkan Opinion Asia, sebuah portal dalam talian yang memberikan komentar tentang isu-isu di Asia.

Semasa pilihan raya umum 2011, Pritam menjadi salah satu daripada lima anggota pasukan Parti Pekerja yang bertanding di Aljunied GRC. Pasukan itu terdiri daripada Setiausaha Agung parti, Low Thia Khiang, Sylvia Lim, Chen Show Mao dan Muhamad Faisal Manap. Pasukan ini bertemu dengan pasukan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang diketuai Menteri George Yeo dan terdiri daripada Lim Hwee Hua, Cynthia Phua dan Zainul Abidin Rasheed. Parti Pekerja berjaya menewaskan PAP setelah berjaya meraih sebanyak 72,289 undi (54.7%) berbanding 59,829 undi (45.2%) oleh PAP.[2]Kemenangan Pritam dan pasukannya dikatakan bersejarah kerana menjadi kali pertama sebuah parti pembangkang berjaya memenangi sebuah Kawasan Perwakilan Berkumpulan (GRC).

Pritam mewakili divisyen Eunos dalam GRC tersebut.[3]

Dalam parti pula, Pritam ialah Setiausaha Pengurusan dalam Badan Eksekutif WP.[4]

Pritam juga seorang ahli bersekutu dalam firma guaman Donaldson & Burkinshaw.[5]

Rujukan

WikiPedia: Pritam_Singh http://www.singapore-elections.com/parl-2011-ge/al... http://www.donburk.com.sg/pritamsingh.html http://www2.law.smu.edu.sg/jd/jd_news.asp http://www.parliament.gov.sg/mp/pritam-singh?viewc... http://www.parliament.gov.sg/mp/pritam-singh?viewc... http://wp.sg/our-organisation/executive-council/ http://wp.sg/wpge/candidates/pritam-singh-2/ http://aljunied.wp.sg/mps/pritam-singh/ http://www.kcl.ac.uk/sspp/departments/warstudies/p... http://ukinsingapore.fco.gov.uk/en/visiting-uk/stu...