Production_I.G
Production_I.G

Production_I.G

Production I.G, Inc. (株式会社プロダクション・アイジー, Kabushiki-gaisha Purodakusyon Ai Jī) (JASDAQ: 3791) ialah sebuah studio animasi dan syarikat perusahaan penerbitan Jepun, yang ditubuhkan pada tanggal 15 Disember, 1987 oleh Mitsuhisa Ishikawa.Production I.G telah terbabit dalam beberapa penerbitan siri televisyen anime, OVA dan filem, babak animasi permainan video, reka cipta dan perkembangan permainan video, termasuklah penebitan serta pengurusan muzik. Di antara karya-karya terkenalnya termasuklah siri-siri seperti Patlabor dan Ghost in the Shell. Production I.G terkenal dengan kualiti animasinya yang tinggi. Huruf-huruf I dan G sebenarnya diambil sempena nama pengasas syarikat tersebut iaitu Mitsuhisa Ishikawa dan pereka watak popular iaitu Takayuki Goto.[1]Objektif utama I.G, menurut presidennya Mitsuhisa Ishikawa, adalah untuk mencipta siri-siri anime yang berdiri dengan sendirinya tanpa menjadi sebahagian daripada sambungan siri-siri manga.[2]

Production_I.G

Industri Industri anime
Tempat dibekalkan Seluruh dunia
Bilangan pekerja 126 (setakat November 2007)
Perancang utama Mitsuhisa Ishikawa (Pengasas/CEO dan Presiden terkini)
Ibu pejabat Tokyo, Jepun
Laman sesawang (Inggeris) http://www.production-ig.com/
(Jepun) http://www.production-ig.co.jp/
Pengasas Mitsuhisa Ishikawa
Takayuki Goto
Keluaran Anime, Permainan video, Manga
Ditubuhkan 15 Disember 1987
Hasil ¥ 10,000,000
Genre Pelbagai
Pembahagian Bee Train (1997 - 2006)
Xebec
Mag Garden Corporation
Jenis Studio anime