Protes_Wall_Street_2011

Beberapa ratus penunjuk perasaan "teras"[1]Aktiviti lain di NYC: Tunjuk perasaan berterusan berlaku di Wall Street, Bandar Raya New York pada tahun 2011, di mana ia berpusat utama di Taman Zuccotti atas nama Occupy Wall Street ("Duduki Wall Street"). Para aktivis yang terlibat menyatakan ilham mereka daripada kebangkitan dunia Arab (khususnya gerakan di Medan Tahrir, Kaherah semasa revolusi Mesir serta perang saudara Libya) dan bantahan Sepanyol.Mereka membantah terhadap keadaan sosial dan ketidaksamaan ekonomi , tamak korporat , dan pengaruh wang korporat dan pelobi ke atas kerajaan.Mereka mahu satu Amerika baru bagi menyelesaikan kemelesetan ekonomi. Pada 2008, Bloomberg News melaporkan bank-bank dan syarikat-syarikat besar menerima dana penyelamat AS $ 1.2 trilion ekoran krisis prima perumahan. Antara syarikat yang dibailout ketika itu ialah Morgan Stanley, Citigroup dan Bank of America, Bank of Scotland ,UBS dan Goldman Sachs.Pda 7 Oktober demonstrasi sama turut diadakan di Washington, D.C., Los Angeles, San Francisco, San Jose, Boston, Chicago, Houston, Philadelphia, Miami, Salt Lake City, Portland, Maine, Jersey City, Trenton, Portland, Oregon, Seattle, Denver, Charlotte, Kansas City, Austin, Ann Arbor, Cleveland, Dallas, Minneapolis, Sacramento, Tampa dan Atlanta. Pada 15 Oktober, bantahan merebak ke 25 bandar di luar Amerika Syarikat termasuk di Hong Kong, Buenos Aires, Dublin dan Madrid.

Protes_Wall_Street_2011

Status Masih berlangsung dan merebak ke bandar lain, termasuk:
San Francisco, Seattle, Los Angeles, Chicago, Houston, San Jose, Boston, Philadelphia, Salt Lake City, Portland, Maine, Kansas City, Portland, Oregon, Ann Arbor, Cleveland, Minneapolis, Sacramento, Tampa, Atlanta, Trenton, New Jersey, Jersey City, New Jersey
Toronto, Montreal, Vancouver, Calgary
London
Tarikh 17 September 2011 (2011-09-17) (Hari Perlembagaan) – kini
Ditangkap Ditangkap: 780+[2]
Lokasi Zuccotti Park/"Liberty Park",
Bandar Raya New York, A.S.
Punca Ketidaksamaan kekayaan, rasuah politik, pengaruh korporat kerajaan, inter alia.
Kaedah