Protes_anti_kerajaan_Myanmar_2007
Protes_anti_kerajaan_Myanmar_2007

Protes_anti_kerajaan_Myanmar_2007

Gelombang bantahan anti kerajaan Myanmar bermula pada 15 Ogos 2007 dan semakin meningkat kini. Bantahan ini berikutan keputusan kerajaan junta tentera untuk menaikkan harga minyak bahan api sehingga 500 %[1]. Selama ini minyak mendapat subsidi daripada kerajaan. Pada awalnya dipimpin oleh Pelajar Generasi 88 dan parti pembangkang, Liga Demokrasi Kebangsaan, ramai penunjuk perasaan telah ditangkap dan ditahan oleh polis Myanmar[2]. Kemudian pada 18 September 2007, protes ini turut disertai oleh ribuan sami Buddha secara aman yang membawa mangkok[1][3].Pada 22 September 2007 sami Buddha berbaris menunjuk perasaan di Yangon dan 1000 sami Buddha di bandar Mandalay dan beberapa bandar lain. Barisan Seluruh Sami Buddha Myanmar akan meneruskan bantahan sehinggalah kerajaan junta menerima rayuan mereka. Orang ramai menyokong tindakan sami-sami ini dengan memberi mereka air.Sami Buddha yang berbaju oren ini dibenarkan berarak sehingga melalui rumah kediaman Aung San Suu Kyi. Aung San Suu Kyi telah ditahan sejak 2003. Beliau merupakan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan(NLD). Parti NLD merupakan parti gabungan dan menang pilihan raya Myanmar 1990 tetapi kerajaan junta mengenepikan keputusan pilihan raya tersebut. Suu Kyi pernah menerima Anugerah Noble Keamanan kerana ditsahan selama 12 tahun dalam rumah tahanan.Pada 24 September 2007, sami Buddha ini disertai oleh 300 sami nun berarak panjang dari Pagoda Shwedagon hingga ke Pagoda Sule. Aung San Suu Kyi yang berdiri dari dalam rumah sempat berkata 'sandu' atau semoga berjaya.Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menghantar penasihat khas ke Myanmar, Ibrahim Gambari untuk berunding denganm kerajaan junta tentera Myanmar. Pakar hak asasi manusia dari Amnesty International bimbang nasib 150 prmprotes yang ditahan di beberapa tempat dan nasib mereka tidak diketahui. Sami Buddha turut membawa kain rentang bertulis 'Penipuan akan diatasi oleh Kebenaran'. Lebih 10,000 orang turut serta sebagai tanda anti kerajaan diktator.Terdapat 400,000 sami di seluruh Myanmar. Tetapi sekitar 5000 hingga 50,000 menyokong protes anti kerajaan tentera. Para sami turut berjuang mendapatkan kemerdekaan dari Great Britain pada 1948. Para sami turut menyertai para pelajar dalam rusuhan anti tentera pada 8 Ogos 1988. Pada hari itu lebih 3000 pelajar dan parti pembangkang terbunuh ditembak tentera Mynamar.Sean McCommark dari Jabatan Negara Amerika bimbang kerana banyak yang dipukul dengan batang buluh dan disoal-siasat bagi mencari ketua penghasut.[4] Kerajaan junta hendaklah membenarkan Palang Merah Antarabangsa akses ke sana. Negara China dan ASEAN hendaklah memberi tekanan terhadap Myanmar.Beberapa agensi berita merujuk protes ini sebagai Revolusi Safron .[5][6]

Rujukan

WikiPedia: Protes_anti_kerajaan_Myanmar_2007 http://www.smh.com.au/news/world/pm-launches-sanct... http://www.abc.net.au/news/stories/2007/09/27/2045... http://www.bloomberg.com/apps/news?pid=20601087&si... http://www.motherjones.com/news/feature/2006/11/fa... http://www.novinite.com/view_news.php?id=85644 http://www.nytimes.com/2007/09/20/world/asia/20cnd... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Wednesda... http://english.aljazeera.net/NR/exeres/4081D23F-F1... http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/world/vi... http://newsinfo.inquirer.net/breakingnews/world/vi...