Keselamatan Protokol_Konfigurasi_Hos_Dinamik

Asas protokol DHCP menjadi piwaian sebelum keselamatan rangkaian menjadi isu penting: ia termasuk tidak memiliki ciri-ciri keselamatan, ia berpontensi lemah kepada dua jenis serangan:[6]

  • Pelayan DHCP Tidak Sah : kerana anda tidak dapat menetapkan pelayan yang anda mahu, pelayan tidak sah mampu membalas permohonan pelanggan, menghantar tatarajah pelanggan yang menguntungkan penyerang. Sebagai contoh, hacker boleh merampas proses DHCP untuk menatarajah pelanggan untuk menggunakan sistem nama Domain jahat atau penghala (lihat juga Keracunan cache DNS).
  • Pelanggan DHCP Tidak sah: Dengan menyamar sebagai pelanggan sah, pelanggan tidak sah boleh mendapatkan capaian kepada tatarajah rangkaian dan alamat IP pada rangkaian yang sepatutnya ia tidak dibenarkan menggunakannya. Juga, dengan melempahkan pelayan DHCP dengan permohonan alamat IP, ia adalah mungkin bagi penyerang untuk menghabiskan kumpulan alamat IP yang tersedia, mengganggu aktiviti normal rangkian (satu serangan penafian perkhidmatan).

Bagi menentang ancaman ini RFC 3118 ("Authentication for DHCP Messages") memperkenalkan maklumat pengesahan ke dalam perutusan DHCP, membenarkan pelayan dan pelanggan untuk menolak maklumat daripada sumber tidak sah. Sungguhpun sokongan bagi protokol ini meluas, sejumlah besar pelayan dan pelanggan masih tidak menyokong pengesahan sepenuhnya, dengan itu memaksa pelayan bagi menyokong pelanggan yang tidak menyokong ciri ini. Hasilnya, langkah keselamatan lain biasanya dilaksanakan sekitar pelayan DHCP (seperti IPsec) bagi memastikan hanya pelanggan dan pelayan sah diberikan capaian kepada rangkaian.

Alamat perlu dikaitkan secara dinamik kepada pelayan DNS selamat, untuk membolehkan penyelesaian masalah menggunakan nama dan bukannya dengan potensi alamat yang tidak dikenali Sambungan DHCP-DNS berkesan perlu memiliki fail samaada alamat MAC atau nama-nama tempatan yang akan dihantar ke DNS yang unik untuk mengenalpasti host fizikal, alamat IP, dan parameter lain seperti get lalai, topeng subjaring, dan alamat IP dari pelayan sistem nama Domain DNS dari pelayan DHCP. Pelayan DHCP menjamin bahawa semua alamat IP adalah unik, iaitu, tidak ada alamat IP diberikan kepada pelanggan kedua sedangkan tugasan pelanggan pertama masih sah (sewanya belum luput). Dengan itu pengurusan himpunan alamat IP dilakukan oleh pelayan dan tidak oleh pentadbir rangkaian.