Protokol_Konfigurasi_Hos_Dinamik

Protokol Konfigurasi Hos Dinamik (Dynamic Host Configuration Protocol - DHCP)[1] merupakan protokol tatarajah automatik yang digunakan pada rangkaian IP. Komputer yang bersambung kepada rangkaian IP perlu ditala sebelum ia mampu berhubungan dengan komputer lain di rangkaian. DHCP membenarkan komputer ditala secara automatik, menyingkirkan keperluan campur tangan oleh pantakbir rangkaian. Ia turut membekalkan pangkalan data pusat bangi menjejak komputer yang telah bersambung kepada rangkaian. Ini menghalang komputer daripada secara tidak sengaja ditala dengan alamat IP yang sama.Dengan ketiadaan DHCP, hos boleh ditala secara manual dengan alamat IP. Pilihan lain hos IPv6 mungkin menggunakan autokonfigurasi tanpa alamat bagi menghasilkan alamat IP. Hos IPv4 boleh menggunakan pengalamatan sambungan tempatan bagi mencapai penyambungan tempatan terhad. Tambahan kepada alamat IP, DHCP turut memberikan maklumat tatarajah lain, terutama alamat IP bagi pelerai DNS pengagregatan tempatan. Hos yang tidak menggunakan DHCP bagi tatarajah alamat masih mingkin menggunakannya bagi mendapatkan maklumat tatarajah yang lain.Terdapat dua versi DHCP, satu bagi IPv4 dan satu lagi bagi IPv6. Sungguhpun kedua versi memiliki nama yang sama dan melaksanakan tujuan yang sama, perincian bagi protokol bagi IPv4 dan IPv6 adalah cukup berbeza sehinggakan ia bileh dianggap protokol berbeza.[2]