Puak_Padri

Puak Padri ialah gelaran yang diberikan kepada sekelompok yang menyokong penyusunan masyarakat orang Minangkabau mengikut Syariah Islam.[1] Sebutan ini sering digunakan terutamanya semasa berlakunya Perang Padri apabila puak ini berjuang menentang kerajaan Minangkabau untuk melaksanakan Syariah secara menyeluruh dalam kawasan Kerajaan Pagaruyung.[2]Perkataan padri merupakan kata pinjaman yang, menurut Sutan Mohammad Zain, berasal daripada bahasa Portugis. Kata ini memberi maksud pendeta, atau sama maksud dengan kata padre dalam bahasa Spanyol.[3] Namun, sebahagian sejarawan berpendapat bahawa kata "padri" ialah gelaran buat para ulama yang pernah menerima pendidikan agama Islam di Pedir, sebuah tempat di Aceh yang kini bernama Pidie.[4]