Geografi Puducherry

Pondicherry seen from Spot Satellite

Pondicherry terdiri daripada empat daerah yang terletak saling berasingan, iaitu Pondicherry, Karaikal, dan Yanam yang menghadap Teluk Benggala dan Mahé yang menghadap Laut Arab. Puducherry (Pondicherry) dan Karaikal adalah yang paling besar dan terletak berhampiran negeri Tamil Nadu. Yanam dan Mahé pula masing-masing terlekat berhampiran negeri Andhra Pradesh dan Kerala. Wilayah ini jumlah luasnya 492 km² (Puducherry 293 km², Karaikal 160 km², Mahé 9 km², Yanam 30 km².) Puducherry diduduki 900,000 orang (2001).