Pulau_Jemur

Pulau Jemur (berkeluasan 250 ha) adalah sebuah pulau milik Indonesia yang terletak di Selat Malaka, berdekatan dengan batas perairan Malaysia. Pulau ini termasuk dalam wilayah Kecamatan Pasir Limau Kapas, Kabupaten Rokan Hilir, Provinsi Riau. Letaknya sekitar 72.4 km dari Bagansiapiapi dan 64.3 km dari Pelabuhan Klang di Malaysia. Pulau ini merupakan pulau terbesar di Kepulauan Arwah, meliputi gugusan sembilan buah pulau, di antaranya Pulau Jemur, Tokong Emas, Tokong Simbang dan Labuhan Bilik.Pulau Jemur terkenal dengan panorama alam semulajadinya seperti pantai berpasir putih dan sebagai habitat penyu hijau. Perairan di sekitar pulau ini terkenal sebagai daerah penghasil ikan.Pulau Jemur tidak berpenghuni dan hanya menjadi tempat persinggahan bagi nelayan. Sebuah pos TNI-AL didirikan di pulau ini untuk kepentingan pengamatan dan navigasi.Pulau ini sempat menjadi objek sentimen anti-Malaysia di Indonesia, setelah media Indonesia pada bulan Ogos 2009 melaporkan bahawa Malaysia bermaksud mengelola Pulau Jemur sebagai tujuan pelancongan.[1] [2]melalui laman sesawang traveljournals.net.[3] Kepemilikan sah Pulau Jemur (dan gugusan Kepulauan Arwah) oleh Indonesia didasarkan atas sijil pendudukan tanah yang dimiliki oleh Raja Siak. Ketegangan ini baru mereda setelah diketahui terdapat sebuah pulau lain yang berhampiran terletak dalam perairan Malaysia yang diberi nama Pulau Jemor sebagai sebahagian dari Kesultanan Selangor.[4]