Geografi Pulau_Mataking

Pulau Mataking merupakan pulau yang terletak di negeri Sabah yang terletak berhampiran dengan pulau Mataking Kecil dan pulau Timba-timba. Ia menjadi tumpuan pengunjung tempatan dan luar ke Tawau di negeri Sabah. Pulau Mataking memiliki iklim tropika dan airnya kekal suam sepanjang tahun, selesa untuk berenang dan aktiviti snokel. Suhu air berlegar sekitar 29 hingga 30°C sepanjang tahun sungguhpun ia boleh turun beberapa darjah pada musim tengkujuh.

Pulau Mataking memiliki terumbu karang yang mempunyai pelbagai hidupan laut yang menarik untuk dilihat. Ini menjadikan aktiviti menyelam sebagai aktiviti utama di sini. Pulau Mataking diselitupi hutan dan setinggi 24 meter pada julai pokok. [1]