Pengangkutan Pulau_Tenggol

Untuk pergi ke Pulau Tenggol, pelancong harus menyewa bot laju untuk sampai ke Pulau Tenggol dari jeti Kuala Dungun. Untuk tujuan selaman skuba, kadar sewaan bot adalah sekitar RM600-650 untuk sebuah bot sehari (maksimum 6 orang). Kadar lebih murah untuk ke resort. Anda perlu berunding dengan pihak resort supaya boat transfer fee dimasukkan sekali ke dalam pakej anda, Pastikan ia perjalanan 2-hala (return trip). Perjalanan mengambil masa 40 minit dengan bot laju (2 jam dengan bot nelayan biasa).


Bagi perjalanan darat ke Kuala Dungun, misalnya dari Kuala Lumpur atau Shah Alam, perkhidmatan bas ekspress adalah pilihan terbaik kerana terminal bas Kuala Dungun ke jeti tidak terlalu jauh, lebih kurang 2 km dengan merentasi jambatan baru Kuala Dungun.

Pelancong dinasihatkan untuk mengelakkan datang ke sini dari bulan November hingga Mac kerana musim tengkujuh yang melanda pantai timur. Di waktu ini tiada aktiviti sukan air dan sesetengah resort mungkin ditutup.