Penginapan Pulau_Tenggol

Terdapat banyak resort dan chalet kecil dibina di pulau ini. Namun resort-resort di Pulau tenggol tidak sebanyak resort yang terdapat di Pulau Perhentian atau di Pulau Kapas. Tenggol Island Resort (nama lama ialah Tenggol Aqua Resort) yang terletak di Telok Air Tawar merupakan resort yang terkenal dan sering menjadi pilihan di Pulau Tenggol. Ia terdiri dari chalet-chalet kayu berlatar belakang hutan tropika. Jika pelancong tidak mahu menetap di pulau, mereka juga boleh memilih menetap di bandar Dungun, terdapat beberapa hotel murah dan sederhana seperti Hotel Sura, Hotel UiTM dan rumah tumpangan Cina, kadar sewaan semalam kurang dari RM100 sebilik. Pelancong juga boleh membuat khemah di pulau ini jika mahu, namun amat disarankan untuk menjaga kebersihan pulau.