Pusat_Pakar_Universiti_Malaya

Pusat Pakar Universiti Malaya (Bahasa Inggeris: University of Malaya Specialist Centre, UMSC) ialah cabang persendirian Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), dan salah satu hospital swasta terkemuka di Malaysia. Ia merupakan pusat perubatan tertiari dengan perkhidmatan super-kepakaran yang terletak di sepanjang Jalan Universiti, Petaling Jaya.Ditubuhkan pada tahun 1998, UMSC pada mulanya terletak di PPUM dan pada tahun 2007 berpindah ke bangunan sendiri. Ia bersebelahan dengan hospital perguruan terbesar di Malaysia, PPUM dan sekolah perubatan tertua di Malaysia, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya yang ditubuhkan pada 1962 yang miliki asal-usulnya dengan Sekolah Perubatan Yong Loo Lin Universiti Nasional Singapura.UMSC ialah sebahagian daripada hab penjagaan kesihatan serantau bersepadu dengan PPUM, Fakulti Perubatan dan Fakulti Pergigian.[1] Perunding dari PPUM dibenarkan mengendalikan klinik pakar swasta di UMSC selepas waktu perundingan biasa mereka, dan kemudahan di PPUM dikongsi dengan UMSC.