Pusat_Perubatan_Jerudong_Park

Pusat Perubatan Jerudong Park (Bahasa Inggeris: Jerudong Park Medical Centre, singkatan: JPMC) merupakan sebuah hospital swasta di Brunei yang umumnya menyediakan perkhidmatan kesihatan khusus. Ianya terletak di Jerudong, kira-kira 20 kilometer dari Bandar Seri Begawan. Hospital ini juga menempatkan Gleneagles JPMC, pusat bagi rawatan penyakit jantung.