Perkhidmatan Pusat_Perubatan_Jerudong_Park

Pusat Perubatan Jerudong Park menyediakan perkhidmatan klinikal khusus bagi pesakit luar mahupun dalam, di antara mereka neurologi, gastroenterologi, histopatologi, nefrologi, kesihatan pekerjaan, psikologi, gigi, obstetrik dan ginekologi, dan pediatrik.[1] Perkhidmatan pembedahan juga tersedia untuk kes seperti telinga, hidung dan tekak (ENT); implantologi; oftalmologi; pembedahan plastik dan rekonstruktif; ortopedik; umum; pediatrik dan laparoskopi; dan urologi. Ada juga perkhidmatan sampingan seperti makmal, pengimejan diagnostik dan radiologi.

Gleneagles JPMC

Rencana utama: Gleneagles JPMC

Gleneagles JPMC adalah sebuah pusat dalam hospital yang menyediakan perkhidmatan kesihatan untuk pesakit jantung. Pusat telah ditubuhkan pada 15 Julai 2002 dan mula beroperasi pada 8 Ogos 2002.[2] Ianya merupakan usaha sama (joint venture) di antara Kerajaan Brunei Darussalam dan Parkway Pantai, kumpulan penjagaan kesihatan swasta di Singapura.[3] Gleneagles JPMC dipunyai dan ditadbir oleh Parkway Pantai.