Sejarah Pusat_Perubatan_Universiti_Malaya

Bertitik tolak daripada penggabungan 2 institusi pendidikan tinggi awam era kolonial Persekutuan Tanah Melayu dan Singapura, iaitu Kolej Raffles dan Kolej Perubatan King Edward VII, maka Universiti Malaya telah tertubuh dengan jayanya pada tanggal 1949. Berikutan Kemerdekaan Tanah Melayu pada tanggal 1957, universiti ini telah dibahagikan kepada 2 entiti berotonomi, satu terletak di Singapura, manakala satu lagi terletak di Kuala Lumpur bermula tahun 1959. Perpisahan Singapura daripada Persekutuan Malaysia telah menjadikan entiti institusi yang terletak di situ telah bertukar menjadi Universiti Kebangsaan Singapura.

Pada tanggal 5 Ogos 1968, bangunan baharu PPUM telah dirasmikan oleh Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agung, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Ismail Nasarudin Shah Ibni Alharmahum Sultan Zainal Abidin.