Menu
Puteri_Gunung_Ledang_(filem) SinopsisEmpayar Majapahit dilanda gawat setelah diserang oleh Putera Demak dari Jawa. Mengelak dari kejadian menjadi bertambah buruk, raja Majapahit, Gusti Adipati Handaya Ningrat menawarkan Demak berkahwin dengan adiknya, Gusti Putri Retno Adjeng Dumilah. Tanpa pengetahuannya, Gusti Putri telah melarikan diri dengan berlayar ke Gunung Ledang untuk bersama cinta hatinya Hang Tuah.
Maka, versi filem memaparkan yang Puteri Gunung Ledang sebenarnya puteri Gusti Putri Raden Adjeng Retno Dumillah dari Majapahit di Pulau Jawa yang merajuk dan membawa diri ke Gunung Ledang. Beliau sebenarnya menunggu masa untuk bertemu dengan Hang Tuah yang pernah ke Majapahit.
Walau bagaimanapun, halangan berlaku di antara Puteri Gunung Ledang dan Hang Tuah apabila abang Gusti Putri, Gusti Adipati terpaksa mengahwinkan Gusti Putri dengan Sultan Melaka, Sultan Mahmud pula. Utusan peminangan diutus dan diketuai oleh Hang Tuah sendiri. Akhirnya, setelah pelbagai cabaran, Gusti Putri terpaksa menurut permintaan Hang Tuah yang taat pada Sultan, tetapi dengan 7 syarat. Perutusan pulang ke istana Melaka tanpa Hang Tuah yang kecewa atas kegagalannya. Sultan Mahmud murka dengan kedegilan Gusti Putri dan sanggup menerima cabaran ketujuh-tujuh syarat walaupun bakal meragut nyawa anaknya sendiri.
Tersebut adalah petikan dari filem menyebut akan tujuh syarat peminangan Gusti Putri terhadap Sultan Mahmud yang diterjemahkan dari sanskrit Jawa:
Melalui petikan tersebut, didapati permintaannya berunsurkan 'darah' yang menguatkan dan menegaskan lagi bahawa jawapan bagi peminangan itu adalah satu penolakan.
Menu
Puteri_Gunung_Ledang_(filem) SinopsisBerkaitan
Puteri Balqis Puteri Gunung Ledang (filem 2004) Puteri Sarah Liyana Putera Philip, Duke Edinburgh Puteri Aishah Puteri Khareeza Puteri Gunung Ledang Puteri Santubong Putera Harry, Duke Sussex Puteri (siri animasi)Rujukan
WikiPedia: Puteri_Gunung_Ledang_(filem) http://www.imdb.com/title/tt0420101/ http://www.sinemamalaysia.com.my/film/info/?id=Put... http://www.utusan.com.my/rencana/tidak-bercinta-de...