Quipu

Quipu atau khipu ialah peranti maklumat yang digunakan pada zaman Empayar Inca dan masyarakat sebelumnya di wilayah Andes. Quipu biasanya terdiri daripada pintalan tali berwarna yang biasanya diperbuat dari bulu llama, alpaca atau dari kapas. Tali-tali ini mengandungi nilai angka atau nilai-nilai yang lain yang dikodkan dengan simpulan-simpulan dalam sistem kedudukan asas sepuluh. Jumlah tali di dalam Quipu boleh mencecah sehingga 2000 utas.[1]Quipu adalah ejaan Sepanyol yang juga biasa digunakan dalam Bahasa Inggeris. Ia berasal dari perkataan ‘’Khipu’’ ([k ʰ diucapkan IPU]) yang bermaksud "simpulan tali" dalam Bahasa Cusco Quechua (Bahasa Inca asli).