Rab_Khalid

Khalid bin Shamsuri (5 Disember 1970 – 25 Januari 2018) atau lebih dikenali sebagai Rab Khalid atau Yeh Sekupang merupakan seorang pelakon komedi Malaysia. Gelaran Yeh Sekupang pula merupakan watak lakonannya dalam Rumah Pusaka Di Simpang Jalan arahan Mamat Khalid.[2]Rab berasal dari Parit Buntar, Perak. Anak kedua daripada enam beradik ini amat dikenali dengan lakonan komedi bersahaja menerusi beberapa karya Mamat seperti Hantu Kak Limah Balik Rumah, Husin, Mon dan Jin Pakai Toncit, Rombongan Cik Kiah Ke Kelana Jaya dan 16 Puasa.[3]Beliau disahkan meninggal dunia di Unit Penjagaan Koronari (CCU) Hospital Ampang akibat serangan jantung pada 25 Januari 2018.[4]

Rab_Khalid

Pekerjaan Pelawak
Tahun aktif 2009–2018
Nama lain Yeh Sekupang
Meninggal dunia 25 Januari 2018(2018-01-25) (umur 47)
Hospital Ampang, Ampang, Selangor, Malaysia
Sebab kematian serangan jantung
Kelahiran Khalid bin Shamsuri
(1970-12-05)5 Disember 1970[1]
Parit Buntar, Perak, Malaysia