Kerjaya Rafidah_Aziz

Rafidah Aziz memulakan kerjayanya sebagai Tutor di Universiti Malaya sambil meneruskan pengajian dalam bidang Sarjana Ekonomi antara 1966 dan 1970. Selepas menamatkan pengajian, beliau telah dilantik sebagai Penolong Pensyarah sehingga tahun 1973 sebelum dilantik sebagai Pensyarah sehingga tahun 1976. Dalam tempoh berkenaan, beliau memegang beberapa jawatan yang penting di Universiti Malaya seperti Pengerusi Bahagian Pembangunan Desa Fakulti Ekonomi serta Ahli Senat.

Rafidah memegang beberapa jawatan politik yang penting iaitu Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia. Di samping itu, beliau juga adalah Pengerusi Wanita Barisan Nasional.

Politik

Dalam Pergerakan Wanita UMNO, Rafidah Aziz kini adalah Ketua Wanita UMNO (1984-1996) dan 1999 sehingga sekarang) di peringkat kebangsaan dan negeri Perak. Peranan yang beliau memainkan sebagai Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri sejak tahun 1987 telah menjadikan ekonomi Malaysia sebagai destinasi pilihan pelabur-pelabur asing di samping meningkatkan ekonomi negara menerusi aktiviti perdagangan luar. Kebolehan dan pencapaian beliau banyak dibantu melalui pengalamannya semasa memegang jawatan-jawatan penting seperti Setiausaha Parlimen Kementerian Perusahaan Awam (1976), Timbalan Menteri Kewangan (1977-1980) dan Menteri Perusahaan Awam (1980-1987). Rafidah Aziz juga pernah dilantik menjadi Senator Dewan Negara (1974).[2][3]

Rafidah Aziz juga menjadi tulang belakang dalam membangunkan dasar dan hala tuju beberapa agensi kerajaan persekutuan. Antara agensi-agensi dan organisasi-organisasi berkenaan ialah MARA (1973-1976), RISDA (1973-1976), Majlis Pelindung dan Penasihat Pengguna (1973-1976), Lembaga Perancang Keluarga (1973-1976), Majlis Penasihat dan Perunding Belia Kebangsaan serta Pengerusi Lembaga Kolej Tunku Kurshiah.[4]

Rafidah Aziz pertama kali dipilih sebagai Wakil rakyat setelah memenangi kawasan Parlimen Selayang pada Pilihan Raya Umum 1978. Selepas itu, beliau telah berpindah ke kawasan Parlimen Kuala Kangsar pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1982.[5]

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Rafidah Aziz bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional. Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Kuala Kangsar , negeri Perak. Rafidah Aziz telah menang dengan mendapat undi sebanyak 10735. Calon lawan ialah Dr Khairuddin Dato' Abdul Malik dari PAS mendapat 9,277 undi - Kalah. Peratus pengundi yang keluar ialah 73%. Undi rosak sebanyak 373.[6]