Peribadi Rajiv_Gandhi

Rajiv Gandhi aktif dalam Amateur Radio Operator. Kod radio beliau ialah VU2RG.

Kerjaya Rajiv Gandhi ialah juruterbang profesional bagi Sistem Penerbangan India sebelum memasuki politik. Semasa belajar di Universiti Cambridge, dia bertemu jodoh dengan gadis kelahiran Itali Sonia Maino.Ibunya menjadi Perdana Menteri India dan adiknya Sanjay Gandhi mati pada 1980 menyebabkan Rajiv menceburi politik. Selepas pembunuhan ibunya pada 1984 selepas Operasi Bintang Biru Kongres Nasional India mencadangkan beliau menjadi Perdana Menteri yang baru.

Rajiv Gandhi mengetuai Parti Kongres memengangi pilihan raya 1984.Parti Kongres memenangi 411 buah daripada 542 kerusi parlimen. Dia mula merombak Lesen Raj - suatu kuota kerajaan, cukai-cukai dan peraturan-peraturan permit aktiviti ekonomi - memodenkan industri telekomunikasi, sistem pendidikan, perkembangan sains dan inisiatif teknologi dan dasar berbaik-baik dengan Amerika Syarikat.

Pada 1988, Rajiv menggagalkan rampasan kuasa di Maldives yang dirancang oleh Tamil militan iaitu PLOTE. Dia juga bertanggungjawab menghantar tentera India ke Sri Langka pada 1987 (Pasukan Pengaman India Atau IPKF) bagi membendung pemberontak Harimau Pembebasan Tamil Eelam .Skandal Bofors merosakkan imej bersih rasuah yang dimilikinya dan menjejaskan peluangnya dalam pilihan raya 1989.

Rajiv Gandhi kekal menjadi Presiden Kongres sehingga pilihan raya India 1991. Semasa berkempen, dia telah dibunuh oleh Harimau Pembebasan Tamil Eelam (LTTE atau Tamil Tiger) .. Balunya Sonia Gandhi menjadi pemimpin parti Congress pada 1998, , mengetuai parti Kongres yang menang pilihan raya India 2004. Anak lelakinya Rahul Gandhi dilantik sebagai ahli parlimen dan Setiausaha Agung Jawatankuasa Kongres Seluruh India.

Rajiv Gandhi dikurniakan Highest National Award India, Bharat Ratna. Beliau di antara 40 tokoh penerima termasuk Indira Gandhi.