Rancangan_Marshall
Rancangan_Marshall

Rancangan_Marshall

Rancangan Marshall (dari penggubalannya, secara rasminya Rancangan Pemulihan Eropah) ialah rancangan utama Amerika Syarikat bagi membina semula dan mewujudkan asas yang lebih kukuh untuk negara-negara berikat Eropah, serta menangkis komunisme selepas Perang Dunia II. Inisiatif ini dinamakan bersempena Setiausaha Negara George Marshall dan sebahagian besarnya didirikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Negara, terutamanya William L. Clayton dan George F. Kennan.Rancangan pembinaan semula ini dikembangkan di satu mesyuarat negara-negara Eropah tertentu yang diasaskan pada 12 Julai 1947. Rancangan Marshall menawarkan bantuan yang seumpamanya kepada Jepun dan sekutu-sekutunya, jika pihak-pihak tersebut ingin menjalankan pembaharuan politik serta menerima kawalan luaran tertentu.Rancangan ini diadakan selama empat tahun mulai Julai 1947. Sepanjang jangka masa itu bantuan ekonomi dan teknikal bernilai kira-kira USD 13 bilion disalurkan untuk membantu pemulihan negara-negara Eropah yang menyertai Pertubuhan Kerjasama Ekonomi Eropah.[1]Apabila selesainya rancangan ini, ekonomi setiap negeri yang turut serta, kecuali Jerman, dapat mencecah tahap sebelum perang. Sepanjang 20 tahun berikutnya, kebanyakan rantau Eropah Barat sudah menikmati tahap pertumbuhan dan kemakmuran yang di luar jangkaan. Rancangan Marshall juga selama ini telah dilihat sebagai salah satu unsur terawal integrasi Eropah, kerana menghapuskan sekatan perdagangan tarif serta mendirikan pelbagai institusi untuk menyelaraskan ekonomi di tahap kebenuaan. Salah satu hasilnya yang diingini ialah penerimaan teknik pengurusan Amerika Syarikat secara sistematik.Baru-baru ini sejarawan telah mempersoal dorongan tersirat dan keberkesanan keseluruhan Rancangan Marshall. Sesetengah sejarawan menegaskan bahawa manfaat-manfaat Rancangan Marshall sebernarnya terhasil daripada dasar-dasar laissez-faire baru yang membolehkan pasaran menstabilkan diri melalui pertumbuhan ekonomi.[2] Kini, adalah diakui bahawa Pentadbiran Bantuan dan Pemulihan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang telah membantu jutaan pelarian dari tahun 1944 hingga 1947, juga menyediakan asas untuk pemulihan Eropah selepas perang.

Rujukan

WikiPedia: Rancangan_Marshall http://news.enquirer.com/apps/pbcs.dll/article?AID... http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=101528686 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=102124797 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=102611913 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=102953851 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=106990622 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=108516906 http://www.questia.com/PM.qst?a=o&d=59181643 http://www.time.com/time/archive/preview/0,10987,8... http://usa.usembassy.de/etexts/ga4-460906.htm