Rancangan_Morgenthau

Rancangan Morgenthau (Bahasa Inggeris: Morgenthau Plan, Bahasa Jerman: Morgenthau-Plan) merupakan suatu usulan yang difikirkan pihak Berikat selepas Perang Dunia Kedua untuk melumpuhkan keupayaan ketenteraan Jerman Nazi termasuk mengghapuskan semua kawasan dan kemudahan perindustrian di sepanjang sungai Ruhr. Ia mula-mula diusulkan Henry Morgenthau Jr., Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat pada ketika itu dalam suatu memorandum berjudul Suggested Post-Surrender Program for Germany.[1] ("Rancangan pasca-penyerahan dicadangkan untuk Jerman").Ia tidak digunapakai akhirnya, namun ia ada sedikit sebanyak mempengaruhi langkah pendudukan Jerman oleh pihak Berikat.