Refal_tak_anjal
Refal_tak_anjal

Refal_tak_anjal

Refal tak anjal atau meriam tak anjal (RCL) adalah senjata bentuk ringan yang membenarkan penembakan lebih praktikal projektil lebih berat berbanding dengan apa yang pratikal dengan senjata menganjal. Secara teknikal, satu-satunya peranti yang menggunakan laras berpilin adalah refal tak anjal. Variasi tebuk licin (Smoothbore) (tanpa pilin) dinamakan meriam tak anjal. Perbezaan ini sering dilupakan dan kedua-dua sering kali dikenali sebagai refal tak anjal.Biasanya digunakan bagi peranan anti-kereta kebal, sistem berkesan pertama jenis ini dimajukan semasa Perang Dunia Kedua. Refal tak anjal berkeupayaan menembak peluru artileri pada jarak dan pecutan menyamai meriam ringan biasa, sungguhpun ia biasanya digunakan bagi menembak peluru lebih besar pada jarak dan pecutan lebih rendah. Ketiadaan hampir sepenuhnya anjalan membenarkan sesetengah versi ditembak pada bahu, tetapi kebanyakannya dipasang pada tripod ringan dengan tujuan mudah dibawa oleh seorang askar.