Ajaran Reiki

Rawatan reiki.

Ajaran Reiki berhujah bahawa wujudnya tenaga rohani "daya hidup" sejagat tak terhingga,[9][10] yang boleh digunakan untuk menghasilkan kesan penyembuhan.[11] Para pengikutnya mengaku sesiapa sahaja boleh mencapai tenaga ini[12] melalui proses "penyesuaian" yang dijalankan oleh seorang Guru Reiki.[13] Hujah-hujah kewujudan tenaga sedemikian tiadanya asas teori atau biofizik.[5][14][15]

Reiki disifatkan oleh para pengamalnya sebagai suatu terapi holistik yang menjalankan penyembuhan dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani.[16] adalah dipercayai bahawa tenaga berkenaan mengalir melalui tangan pengamal apabila tangan menyentuh penerima yang boleh berpakaian.[17] Sesetengah ajaran menekankan kepentingan tujuan atau kehadiran pengamal dalam proses ini, tetapi ada ajaran lain yang berhujah bahawa tenaga ditarik oleh luka penerima untuk menghidupkan atau meningkakan proses penyembuhan semulajadi.[18] Lebih-lebih lagi, dipercayai bahawa tenaga ini adalah "pintar",[19] oleh itu tidak perlu menjalani diagnosis.

Adanya tahap kedua latihan, termasuk satu lagi inisiasi, yang dikatakan melengkapkan pengamal untuk melakukan rawatan Reiki dari jarak jauh.[20] Dinyatakan kaedah ini melibatkan penggunaan lambang khas untuk membentuk perhubungan sementara antara pengamal dan penerima, tak kira di mana jua, lalu menyalurkan tenaga Reiki begitu sahaja.[21] Ada juga teknik yang mana Reiki boleh disalurkan kepada suatu masa yang dahulu atau akan datang.[22]