Amalan Reiki

Rawatan seluruh badan

Biasanya bagi rawatan Reiki seluruh badan,[23] pengamal meminta penerima supaya berbaring, lazimnya di atas meja urut, dan bertenang. Mereka biasanya berpakaian longgar dan selesa sepanjang rawatan. Pengamal mengambil sedikit masa untuk menenangkan mindanya dan bersiap sedia dari segi mental,[24] untuk menjalankan rawatan yang selalunya dijalankan tanpa banyak berbual kosong.[25]

Rawatan diteruskan dengan pengamal meletakkan tangannya pada badan penerima di pelbagai posisi. Namun begitu, pengamal boleh menggunakan teknik tanpa sentuh, iaitu tangan dijauhkan beberapa sentimeter dari badan penerima, bagi sesetengah atau kesemua posisi. Biasanya tangan dipegunkan selama tiga hingga lima minit sebelum beralih ke posisi seterusnya. Keseluruhannya, posisi tangan biasanya meliputi bahagian kepala, dada, belakang, lutut dan kaki. Antara 12 dan 20 posisi dilakukan dalam keseluruhan rawatan yang memakan masa 45 hingga 90 minit.[26]

Sesetengah pengamal menggunakan posisi tangan yang ditetapkan, sementara yang lain mengikut gerak hati sebagai panduan kepada bahagian yang perlu dirawat,[27] adakalanya bermula dengan "mengimbas" badan penerima untuk mencari tempatnya. Pendekatan gerak hati ini juga boleh memerlukan rawatan satu-satu posisi yang lebih singkat mahupun lebih lama.

Dilaporkan bahawa penerima selalu merasa bahang atau sesemut di bahagian badan yang dirawat, begitu juga pendekatan tanpa sentuhan. Kesan rawatan serta-merta yang paling nyata adalah keadaan amat santai dan selesa, tetapi boleh timbul juga luahan emosi.[28] Oleh sebab rawatan Reiki ini dikatakan berupa proses penyembuhan semulajadi perangsang, maka biasanya tidak diperhatikan apa-apa "pemulihan" segera bagi masalah kesihatan tertentu. Jika dialami masalah kronik, maka tiga atau lebih rawatan dicadangkan dalam selang masa satu hingga tujuh hari.[29] Rawatan secara kerap dan berterusan juga boleh dengan tujuan menjaga kesihatan. Rawatan-rawatan sebegini biasanya berselang satu hingga empat minggu, kecuali bagi rawatan diri yang biasanya memperlihatkan amalan seharian.[30]

Rawatan tersetempat

Rawatan Reiki tersetempat melibatkan tangan pengamal memegang atau mendekati anggota badan yang tertentu. Luka baru biasanya dirawat dengan cara ini,[31] dengan menyasarkan kawasan luka. Rawatan sedemikian memakan masa tanpa mengira singkat mahupun lama, walaupun 20 minit dikira lazimnya.

Sesetengah pengamal menjalankan rawatan tersetempat untuk penyakit tertentu, dan ada sesetengah bahan terbitan yang turut menunjukkan posisi tangan yang berpatutan.[32] Apapun, pengamal lain pula gemar melakukan rawatan seluruh badan untuk semua masalah kronik atas sebab memberi kesan lebih holistik.[33] Satu lagi pendekatan berupa melakukan rawatan seluruh badan terlebih dahulu, barulah disusuli rawatan tersetempat.[34]