Reiki

Reiki (霊気 atau レイキ) ialah amalan kerohanian[1] yang dimajukan oleh Mikao Usui pada tahun 1922. Setelah berpuasa dan bermeditasi selama tiga minggu di Gunung Kurama, di Jepun, Usui mengaku dikurniakan keupayaan "menyembuh tanpa menghabiskan tenaga".[2] Salah satu aspek amalan ini, iaitu tenohira atau penyembuhan tapak tangan, dijadikan satu bentuk perubatan komplemen dan alternatif (CAM).[3][4] Tenohira ialah teknik yang mana pengamalnya percaya dirinya mengalirkan "tenaga penyembuhan" (suatu bentuk ki) melalui tapak tangan.[5][6]Tiadanya bukti saintifik yang diterima umum mengenai kewujudan ki mahupun apa-apa mekanisme untuk memanipulasi ki, apatah lagi satu penilaian sistematik pada ujian klinikal rawak yang dijalankan pada tahun 2008 tidak menyokong keberkesanan reiki atau pengesyoran penggunaan reiki untuk merawat mana-mana penyakit.[7][8]