René_Descartes
René_Descartes

René_Descartes

René Descartes (31 Mac 159611 Februari 1650), juga dikenali sebagai Cartesius, ialah seorang ahli falsafah, ahli matematik, dan ahli sains yang terkenal. Digelarkan sebagai "Pengasas Falsafah Moden" serta "Bapa Matematik Moden", beliau mendapat tempat sebagai salah satu ahli fikir yang terpenting dan terpengaruh pada zaman moden. Untuk kebaikan atau keburukan, kebanyakan daripada falsafah barat yang kemudian merupakan satu reaksi terhadap karya-karyanya yang telah dikaji dengan teliti sejak masanya sehingga hari ini. Descartes adalah salah satu ahli fikir utama dalam Revolusi Saintifik di Dunia Barat. Beliau telah dihormati dengan mempunyai sistem koordinat Cartes yang digunakan dalam geometri satah dan algebra dinamai sempena namanya.Descartes sering membandingkan pandangannya dengan pandangan pendahulu-pendahulunya. Dalam bahagian permulaan karyanya, Keghairahan Jiwa, beliau sanggup menegaskan bahawa beliau akan menulis tentang topik ini "seolah-olah tiada orang yang pernah menulis tentang perkara ini dahulu". Bagaimanapun, banyak daripada unsur-unsur falsafahnya mempunyai duluan dalam lewat Aristotelianisme, Stoisisme abad ke-16 yang dihidupkan semula, atau oleh ahli-ahli falsafah sebelumnya seperti Augustine. Dalam falsafah semula jadinya, pandangan beliau berbeza dengan skolastisisme dalam dua aspek yang utama: pertama sekali, beliau menolak analisis bahan zahir untuk jirim dan bentuk; kedua, beliau menolak sebarang pengharapan terhadap teleologi untuk menjelaskan fenomena alam semula jadi. Dalam teologinya, beliau menegaskan kebebasan mutlak terhadap penciptaan Tuhan.Descartes merupakan tokoh utama dalam aliran fikiran rasionalisme Eropah abad ke-17 yang kemudian disokong oleh Baruch Spinoza serta Gottfried Leibniz, tetapi ditentang oleh aliran fikiran empirisisme yang disokong oleh Thomas Hobbes, John Locke, George Berkeley, dan David Hume. Kesemua Leibniz, Spinoza dan Descartes adalah mahir dalam matematik serta juga falsafah, dan Descartes dan Leibniz juga telah banyak menyumbang kepada bidang sains. Sebagai pereka sistem koordinat Cartes, Descartes mengasaskan geometri analisis, satu penghubung antara algebra dan geometri yang amat penting dalam rekaan kalkulus dan analisis. Pemikiran-pemikiran Descartes tentang minda dan mekanisme memulakan kelainan pemikiran barat yang lama kemudian, selepas didorong oleh rekaan komputer elektronik dan kemungkinan kecerdasan mesin, berkembang menjadi, umpamanya, ujian Turing. Kenyataanya yang termasyhur ialah Cogito ergo sum (bahasa Perancis: Je pense, donc je suis) atau dalam bahasa Melayu: Saya fikir, oleh itu saya merupakan, yang didapati di §7 dalam Prinsip-prinsip Falsafah (bahasa Latin) dan bahagian IV dalam Huraian Mengenai Kaedah (bahasa Perancis). Maksudnya adalah "saya menjadi apa yang saya memikirkan".

René_Descartes

Lahir (1596-03-31)31 Mac 1596
La Haye en Touraine, Kerajaan Perancis
Tanda tangan
Alma mater Universiti Poitiers
Universiti Franeker
Universiti Leiden
Minat utama Metafizik, epistemologi, matematik, fizik, kosmologi
Aliran Rasionalisme
Pengasas Kartesianisme
Zaman Falsafah abad ke-17
Meninggal dunia 11 Februari 1650(1650-02-11) (umur 53)
Stockholm, Empayar Sweden
Warganegara Perancis
Idea penting Cogito ergo sum, Skeptisisme Cartes, kaedah normal, sistem koordinat Cartes, dualisme Cartes, fundasionalisme, mathesis universalis, folium Descartes, keabadian momentum (quantitas motus)[2]

Rujukan

WikiPedia: René_Descartes http://cantic.bnc.cat/registres/CUCId/a10436066 http://data.rero.ch/02-A000049954 http://www.bncatalogo.cl/F?func=direct&local_base=... http://www.1902encyclopedia.com/B/BOS/jacques-beni... http://www.earlymoderntexts.com/ http://www.incipitblog.com/index.php/2005/06/01/re... http://www.new-science-theory.com/rene-descartes.h... http://www.routledge.com/books/details/97804152811... http://www.borishennig.de/texte/descartes/diss http://philsci-archive.pitt.edu/1699/1/Momentum3.p...