Resolusi_Majlis_Keselamatan_PBB_1973

 CHN  FRA  RUS  UK  USAResolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1973, berkenaan keadaan di Libya, adalah satu langkah yang telah dipersetujui untuk dilaksanakan pada 17 Mac 2011. Resolusi Majlis Keselamatan ini telah dicadangkan oleh Perancis, Lubnan, dan United Kingdom.[1][2]Sepuluh ahli Majlis Keselamatan telah mengundi menyokong iaitu Bosnia dan Herzegovina, Colombia, Gabon, Lebanon, Nigeria, Portugal, Afrika Selatan, dan ahli-ahli tetap Majlis Keselamatan iaitu Perancis, United Kingdom, dan Amerika Syarikat. Lima ahli Majlis Keselamatan PBB iaitu Brazil, Jerman, dan India, serta ahli tetap majlis iaitu China dan Russia berkecuali, sementara tiada ahli yang menentang.[3]Resolusi ini menuntut "satu gencatan senjata" serta merta dan membenarkan masyarakat antarabangsa untuk menubuhkan zon larangan terbang ke atas Libya dan mengambil sebarang langkah yang perlu untuk melindungi orang awam.[4]