Respirasi sel merupakan tindak balas
metabolisme dan proses yang berlaku dalam
sel atau merentas
membran plasma untuk menghasilkan
tenaga biokimia daripada molekul bahan api dan pelepasan sisa-sisa sel. Tenaga dilepaskan oleh
pengoksidaan molekul bahan api dan disimpan sebagai pembawa "tinggi tenaga". Tindak balas yang terlibat dalam respirasi ialah tindak balas
katabolisme dalam metabolisme.Molekul bahan api yang lazim digunakan oleh sel-sel dalam respirasi termasuk
glukosa,
asid amino,
asid lemak dan agen pengoksida yang biasa ialah molekul
oksigen, O2. Terdapat organisma yang mampu berespirasi menggunakan
molekul organik lain selain oksigen sebagai agen pengoksida. Organisme yang menggunakan oksigen ialah organisme
aerob, manakala organisme yang tidak menggunakan oksigen disebut
anaerob.Tenaga yang dilepaskan dalam respirasi digunakan untuk mensintesiskan molekul yang berperanan sebagai penyimpan kimia tenaga ini. Sebatian yang paling lazim digunakan ialah
adenosina trifosfat (ATP) dan tenaga kimia yang disimpannya boleh digunakan untuk pelbagai proses yang memerlukan tenaga, termasuk
biosintesis,
gerak alih atau pengangkutan molekul merentas
membran plasma. Disebabkan ciri merata ini, ATP juga dikenali sebagai "mata wang tenaga sejagat", kerana jumlah ATP dalam sel menunjukkan beberapa banyak tenaga yang sedia ada untuk proses memerlukan tenaga.