Revolusi_Mesir_1952

Revolusi Mesir 1952 atau Revolusi 23 Julai (Bahasa Arab: ثورة 23 يوليو 1952‎) dilakukan pada 23 Julai 1952 oleh sekumpulan pegawai tentera menamakan diri mereka "Pergerakan Pegawai Pembebasan". Revolusi ini pada mulanya bertujuan untuk menggulingkan Raja Farouk I. Bagaimanapun, pergerakan ini beralih kepada memansuhkan sistem raja berperlembagaan dan mewujudkan sebuah republik. Kejayaan revolusi itu memberi inspirasi kepada banyak negara Arab dan Afrika untuk menjatuhkan 'rejim rasuah'.